Selasa, 21 Februari 2017

KEPENTINGAN AIR MINERAL ALKALI

KEPENTINGAN AIR  MINERAL ALKALI

Air adalah sumber kehidupan manusia dan seluruh hidupan di muka bumi Allah ini. Tanpa air maka tiadalah sebarang kehidupan yang boleh hidup dan berkembang biak. Besarnya peranan air dalam kehidupan didunia tetapi kita selalu lupa bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik maka air yang kita minum setiap hari adalah amat penting untuk menentukan kita mendapat kesihatan yang terbaik.

Semua tamadun manusia adalah bermula berdekatan dengan sumber air. Tanpa air tiadalah manusia hidup di dunia ini. Manusia berasal dari air, sebagaimana firman Allah SWT dalam AlQuran surah Al Insaan , ayat 2:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya( dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”

Semakin manusia tua, maka  kandungan air dalam tubuh manusia semakin berkurangan. Semasa bayi, kandungan air adalah sehingga 75% air dan semakin dewasa kandungan air menurun kepada 57% dari berat tubuh manusia. Bagi seorang yang mengalami masalah kegemukan , kandungan air berkurang sehingga 45%. Air adalah ‘kunci’ kepada kesihatan yang baik.

MINUMAN BERKARBONAT MEMUDARATKAN KESIHATAN
MINUMAN BERGAS DAN BERGULA TINGGI BOLEH MEMUDARATKAN   KESIHATAN!

Kita selalu tidak kisah dengan air yang kita minum. Kita juga lebih mudah memilih air yang berperisa dan manis bergula apabila kita minum seperti Teh Tarik, Kopi susu, sirap, kordial, jus dan air bergas. Terdapat sesetengah kita yang tidak suka minum air kosong atau air putih atau air mineral dalam kehidupan seharian kita. Terdapat juga sesetangah daripada kita yang sangat kurang minum air dalam sehari kerana malas hendak ke tandas untuk ‘buang air’. Air berkarbonat mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi menjadi minuman harian kebanyakan kita hari ini. Air ini adalah tidak sihat untuk kesihatan kerana ia berasid dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kegemukan dan sebagainya. Minuman ‘bertenaga’ yang banyak terdapat dipasaran juga adalah tidak sihat jika diambil selalu kerana kandungan glukosa yang tinggi disamping kandungan ‘kafein’ yang tinggi juga. Lebih malang lagi jika minuman ini diambil tanpa bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti sukan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan kemudian hari.

Minum terlalu banyak minuman jus buah-buahan juga adalah tidak sihat kerana kandungan gula ‘fruktosa’ yang tinggi tanpa kebaikan serat yang terdapat dalam buah-buahan. Buah-buahan adalah lebih baik dimakan secara terus. Tabiat sebegini akan mengundang  bahaya kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Air minuman harian seperti teh dan kopi adalah baik untuk kesihatan kerana kandungan anti oksidannya  selagi  diambil secara sederhana dan tidak berlebihan. Masalah utama adalah kandungan gula yang berlebihan dalam minuman ini apabila di jadikan ‘teh tarik’ atau ‘kopi susu’. Kandungan gula dan susu ini menyebabkan kandungan anti oksidan di dalam teh akan hilang.

Air Berfungsi dan Kesihatan

Air yang baik untuk kesihatan juga dipanggil sebagai air berfungsi (functional water). Maksud air berfungsi adalah air yang boleh memberikan kesan kesihatan yang positif. Fungsi utama air dalam tubuh manusia adalah sebagai pelarut, pelincir, pengangkutan zat nutrisi makanan, perkumuhan dan medium tindakan metabolisme sel-sel. Secara umumnya air berfungsi adalah air yang akan membantu dalam proses biologi tubuh manusia. Air juga boleh dikatakan sebagai sumber kesihatan yang baik.

Jumlah air yang diambil juga amat penting, kerana kekurangan air boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Jika tubuh manusia kekurangan air atau dehidrasi,  maka ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti batu karang buah pingang, kanser saluran kencing, kanser usus dan kanser payu dara.

Dalam satu hadis nabi Muhammad SAW , sabdanya:

“Sebaik-baik air dimuka bumi ini adalah air Zam-Zam, terdapat didalamnya zat makanan dan penyembuh bagi segala penyakit”

Berdasarkan hadis diatas , jelaslah air terbaik untuk kesihatan adalah air Zam-zam. Dari segi sains air zam-zam mengandungi kandungan mineral dengan nisbah yang tepat, yang sangat baik untuk kesihatan. Dengan mengambil kira faktor ini, maka air yang baik untuk kesihatan adalah air mineral asli. Untuk sumber mineral terbaik kepada tubuh manusia , maka mineral daripada sumber air adalah sumber terbaik. Garam mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, natrium , zink dan sebagainya amat penting untuk fungsi metabolisma tubuh manusia yang normal. Menurut kajian, air zam-zam adalah ‘air beralkali’ dan mempunyai nisbah kandungan mineral magnesium yang tinggi yang amat baik untuk kesihatan.

Apakah dia air beralkali?

Air Beralkali dan Kesihatan

Sumber semulajadi air beralkali adalah air ‘zam-zam’, air mata air, air cairan glasier, air gunung dan sebagainya. Air mineral yang dibotolkan dari sumber mata air yang asli dan bukan air tapisan air paip biasanya sedikit beralkali.

Sekarang terdapat pelbagai jenis mesin penapis air yang menghasilkan ‘air beralkali’ dan yang terbaru dipertingkatkan lagi dengan ‘air elektrolisis teroksida beralkali’ yang dijual dipasaran. Air jenis ini biasanya dipasang kepada air paip di singki didapur untuk kegunaan harian seperti air minuman dan masakan. Ramai yang bertanya dengan saya tentang kebaikan dan khasiat air ini kepada kesihatan. Oleh itu saya telah membuat banyak ‘kajian’ dengan membaca pelbagai jurnal perubatan tentangnya.  

Air beralkali adalah air yang mempunyai nilai pH yang lebih dari 7 hingga 10.  Air beralkali didapati lebih berkhasiat kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Terdapat pelbagai kajian terutamanya di negara Jepun, Korea, China dan Russia telah dijalankan untuk mengkaji kesan air beralkali kepada kesihatan. Di Jepun dan Russia telah menggunakan kaedah elektrolisis digabungkan dengan kaedah ‘pemisahan ion’ untuk menghasilkan air berfungsi yang amat baik untuk kesihatan.

Air Beralkali Hidrogen Aktif membantu meningkatkan kesihatan.
Air Beralkali Hidrogen Aktif membantu meningkatkan kesihatan. Layari laman web: www.mylivingwater.com.my untuk maklumat lanjut mengenai  penghasilan air beralkali hidrogen aktif.
Sejak 1966, masyarakat di Jepun telah minum ‘air beralkali berelektrolisis’ yang didapati meningkatkan penyerapan zat kalsium. Di Jepun, Kementerian Kesihatan Jepun telah mengesahkan bahawa dengan minum air beralkali ini akan membantu fungsi usus dan penghadaman, mengurangkan masalah tubuh berasid, masalah cirit-birit kronik dan membantu mencegah pembiakan kuman yang merbahaya. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit dan fungsi usus yang kurang baik, maka dengan minum air beralkali boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Kajian terbaru di Jepun juga mendapati pengambilan air beralkali ini akan meningkatkan kesan anti oksidan Vitamin C berbanding dengan pengambilannya dengan air biasa. Kajian lain juga mendapati pengambilan air beralkali mempunyai juga sifat anti oksidan dan melindungi DNA dalam sel dari kesan kerosakan radikal bebas. Kajian mendapati, tikus yang diberi minum hanya air beralkali hidup 30% lebih lama berbanding dengan tikus biasa. Terdapat ahli sains yang berpendapat, air beralkali akan meningkat kekuatan sistem immune atau antibodi manusia dan boleh mencegah penyakit ‘autoimmune’ seperti SLE dan Rheumatoid Arthritis.

Kajian yang dibuat di Jepun yang diterbitkan dalam Journal Trauma tahun 2000, menunjukkan ‘air elektrolisis teroksida beralkali’ boleh digunakan dalam irrigasi rawatan luka akibat melecur terbakar. Ini adalah kerana ianya mempunyai sifat anti bakteria dan mencegah pembiakan bakteria merbahaya P.aeruginosa yang selalu menjangkiti luka melecur terbakar. Dalam satu lagi kajian di University Javeriana, Colombia mendapati air elektrolisis teroksida beralkali boleh merencatkan pembiakan bakteria Listeria sp dalam sayuran dan ia boleh digunakan untuk mencuci sayur-sayuran sebelum di masak atau dimakan. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cosmetic Dermatology pada tahun 2004 mendapati air elektrolisis teroksida beralkali ini amat baik digunakan untuk mencuci wajah sebagai salah satu rawatan kepada masalah kulit berjerawat kerana sifat anti bakterianya.

Dalam satu kajian oleh Institute of Health Science di University Yonsei, Korea merumuskan bahawa pengambilan ‘air teroksida beralkali’ boleh mempunyai kesan anti kanser kerana sifatnya sebagai anti oksidan. Dalam satu lagi laporan kajian yang dijalankan di lima University di Korea yang dilaporkan dalam Jurnal Bioscience,Biotechnology and Biochemistry pada tahun 2006 menunjukkan pengambilan ‘air teroksidan beralkali’ boleh membantu mengawal paras gula pesakit Diabetis Mellitus (kencing manis) dan masalah kolesterol tinggi dalam darah.

Air paip yang ditidak ditapis mungkin sedikit berasid. Minum air paip tanpa di tapis juga tidak sihat untuk jangkamasa panjang kerana air paip mungkin tercemar dengan pelbagai ampaian, logam berat dan klorin yang berlebihan. Ada ahli perubatan berpendapat bahawa lebihan klorin yang bercampur dengan bahan organik didalam air paip yang dipanaskan akan menyebabkan penghasilan bahan karsinogen. Oleh itu amat penting kita minum air paip yang ditapis dengan pelbagai alat penapisan air yang ada dipasaran. Minum air penapis dengan kaedah osmosis berbalik juga adalah tidak digalakkan untuk jangkamasa panjang kerana ia tidak mengandungi sebarang garam mineral didalamnya disamping ianya sedikit berasid.

Oleh kerana itu, minumlah air mineral atau air paip yang bertapis dan gunakanlah ‘air berfungsi’ seperti ‘air beralkali’ atau ‘air teroksida beralkali’ dalam kehidupan seharian kita. Dengan pengambilan air yang sihat ini maka kesihatan kita akan bertambah baik untuk jangka masa yang panjang

CUCKOO PUNYA Ph dilevel average 7.5..
SESUAI UTK SEMUA

COPYPASTE
Kepentingan ‘Air Berfungsi’ Kepada Kesihatan

Sumbangan Artikel: Dr Norman Mohd Norawi (MBBS,

1rumah 1penapis air cuckoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan